CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday 3 July 2013

SALAM RAMADHAN

Lama dah tak update blog.... huhu....
lagi lebih kurang 6 hari semua umat islam akan menyambut bulan paling mulia... BULAN RAMADHAN AL MUBARAK..... Semoga Tahun ni lebih baik diberikan kesihatan yg baik...dapat menunaikan ibadah puasa dgn sempurna... dan lebih banyak mendapat keberkatan....serta pahala berlipat kali ganda... inshaAllah amin!!

dan...............................

Lagi 5 hari "FFYRA BIZ" akan buat pertama kali berniaga di Bazaar Ramadhan.... ialah sblm ni BIZ ONLINE sj.... sekali2 sekali cari tapak berniaga di ruang legar Shopping complex..... Tahun ni nk upgrade sket..... hehe...
Semoga semua urusan berjalan dengan lancar...... Semoga Allah membukakan pintu rezeki seluas-luasnya buat kami sekeluarga..... Semoga Perniagaan akan berjalan lancar dan seterusnya maju ke hadapan......InshaAllah.... amin!!!

Tuesday 22 January 2013

URUSAN RUMAH TANGGA ADALAH TANGGUNGJAWAB SUAMI BUKAN ISTERI

Saya pinjam artikel ini untuk dikongsi bersama..  http://kursusperkahwinan.com/urusan-rumahtangga-adalah-tanggungjawab-suami-bukan-isteri/

Hai dan Salam Hormat kepada anda yang masih setia menjadi pembaca blog KursusPerkahwinan.Com saya ini. Ribuan terima kasih saya ucapkan. Memang saya amat menghargai masa yang anda sudi luangkan untuk membaca dan menambahkan ilmu berkaitan hubungan rumahtangga yang amat penting ini.
Dalam artikel kali ini, saya ingin berkongsi satu perkara yang tidak kurangnya penting bagi menjamin sesebuah hubungan perkahwinan agar terus kekal.
Mungkin apa yang bakal saya kongsikan pada kali ini bertentangan dengan pendapat majoriti dikalangan kita. Terutamanya bagi suami. Walaupun saya sendiri adalah kaum lelaki, tapi saya tidak pernah mengutarakan pendapat yang ‘berat sebelah’.
Sebenarnya, segala urusan hal-ehwal rumahtangga pada asalnya terletak di bahu suami.
Mengikut hukum Islam, tugas-tugas seperti berikut terletak di bahu suami:-
  • Menjaga anak
  • Menyediakan makan-minum isteri
  • Mengurus segala keperluan rumahtangga
  • Mendidik anak-anak dengan memastikan mereka mendapat pendidikan yang sempurna
  • Menyelanggara hal rumahtangga seperti memasak, menjahit, mengemas rumah dan sebagaianya
Isteri hanya bertanggungjawab MEMBANTU. Dalam kata lain, isteri akan membantu jika pihak si suami tidak mampu dan tiada masa untuk melakukan perkara-perkara tersebut oleh kerana tututan kerja di pejabat.
Akan tetapi, isteri yang melakukan perkara-perkara seperti di atas tadi, mereka akan dikurniakan dengan ganjaran pahala yang banyak dan besar oleh Allah.
Hal ini sejajar dengan salah-satu hadis Nabi yang mengatakan bahawa: ‘Seorang wanita solehah lebih baik daripada 40 orang lelaki yang soleh.’
Untuk mengelakkan berlakunya ketidak-adilan dalam rumahtangga dan perbalahan, maka suami perlulah juga libatkan diri dalam hal-hal pengurusan rumahtangga jika mempunyai walaupun sedikit kelapangan.
Jangan serahkan 100% tanggungjawab rumahtangga kepada isteri.
Dengan itu, isteri anda akan lebih menghormati anda sebagai ketua keluarga dan tidak berani untuk ingkar atau melakukan perkara-perkara maksiat semasa ketiadaan anda di sisinya.
Anda sebagai suami, boleh buat kerja-kerja rumah ketika isteri anda sakit atau tidak larat. Berkhidmat lah juga kepada isteri anda seperti memasak, mengemas rumah, menyediakan dia minuman sekali-sekala, picit kepala ketika dia pening serta bagi la dia makan ubat ketika dia sedang sakit.
Ok, sekian sahaja perkongsian saya buat kali ini. Semoga suami-suami di luar sana mula sedar akan perkara ini.

Wednesday 9 January 2013

TIPAH TERTIPU LAGI...

TAHUN 2012
MENINGGALKAN SERIBU KENANGAN...

2 KALI DI TIPU OLEH MANUSIA YANG TAK RETI NAK CARI DUIT HALAL... HANYA ALLAH SAHAJA YANG DAPAT MEMBALAS PERBUATAN KAMU..

TERKINI SAYA TERTIPU SEMASA MAU BELI TU BEDAK ARAB.... BAYARAN SUDAH JELAS TAPI HABUK PUN TIADA.... CALL SMS SATU PUN NDA KENA BALAS...

TAPI SI PENIPU NI MASIH AKTIF IKLANKAN PERNIAGAAN HARAMNYA NI...

HARMONITA BINTI MAHAT
NO HP  ; 011-266 00191 / 10-420 9458
WEB ; http://amboi.com.my/1791-harmonita/user_listings.html
ACC CIMB : 01150075845526
EMAIL : jelitayu2012@gmail.com

SEMOGA 2013 AKAN LEBIH BAIK.... REZEKI TERBUKA LUAS...AMIN!!!

Tuesday 18 September 2012

18 SEPTEMBER...MY SAYANG BIRTHDAY....

ALLAH SELAMATKAN KAMU....
ALLAH SELAMATKAN KAMU...
ALLAH SELAMATKAN ...SAYANG.."MOHD RAMLAN BIN MATUSIN"
ALLAH SELAMATKAN KAMU........

PANJANG UMURNYA...
PANJANG UMURNYA....
PANJANG UMURNYA SERTA MULIA.....
SERTA MULIA.... SERTA MULIA......

Happy Birthday Sayang..... Semoga sayang sentiasa sihat & sentiasa dalam Lindungan Allah S.W.T...
Semoga Allah Murahkan Rezeki Sayang.... & berikan Sejuta Kebahagiaan d Dunia & Akhirat...



I Love You.......!!! muahhh....... hehe

Monday 3 September 2012

Wah!! Isnin kembali lagi...... Doa Buat anak2...... :)

Lepas cuti 3 hari macam malas plk mau kerja..... rasa macam mau cuti lagi... hahaha
tapi kuatkan semangat juga bah..... Abang & Adik macam biasa rutin harian... Pergi TASKA....... Kakak pula Sekolah... :) Ayah & Ibu.. Kerja Mencari Rezeki... Alhamdulillah..

"Ya Allah... Engkau lindungilah anak2ku.... tidak kira di mana mereka berada.... Engkau jauhkanlah mereka daripada perkara2 yg tidak di ingini....... Ya Allah Bukakan lah pintu rezeki buat kami seluas-luasnya..... Jika Jauh Engkau dekatkanlah... Jika Susah Engkau senangkan lah... dan jika hampir Engkau Permudahkanlah kami mendapatkannya......
Ya Allah.... Engkau sihatkanlah tubuh badan Suamiku.... Berikanlah iya kesenangan untuk menjalankan tugasan harian.....& Lindungilah dia walau di mana berada....

Ya Allah... Engkau sihatkanlah tubuh badan Kedua Ibu bapaku (Bapa & Mama).... Kedua Ibu & Bapa mertuaku (Babah & Makcik) .... Kurniakanlah mereka rezeki yg berlipat kali ganda.. & berikanlah mereka kesenangan di dunia & di Akhirat...

Ya Allah... Engkau Perluaskanlah Kubur Kedua Ibu & Ibu mertuaku (Mama yg telah melahirkanku & Suami ke Dunia) .... Engkau tempatkanlah kedua mereka di kalangan orang yang beriman.... & dalam SyurgaMu..... Sesungguhnya jasa keduanya amat besar nilai & berikanlah ganjaran yg sebaiknya utk keduanya ya Allah...... amin!! alfatihah...

Tuesday 28 August 2012

ME0W...ME0W......

Tetiba lah pulak nk post pasal meow....
Dekat kampung tu.... ada seekor kucing betina ni... dahlah besar.. suara mcm kucing jantan.... & yang uniknya mata kucing ni juling.... Actually kucing ni... kucing menumpang jak... sekejap ada d rumah sekejap hilang.... nda tau plk ni kucing siapa punya... :P

Asal balik Kampung jak...Si Juling selalu ada d rumah... mungkin sebab dah serasi dgn org2 dlm rumah tu lah kot.. hehe jadi dia pun tinggal lah d sana.... haha

 
Kegemaran kucing ni... bila dah kenyang... tidur d celah rumput (mcm permaidani...hehe) cute jak tengok.... huhu..terasa Rindu dengan kampung halamanku (Cehh.... baru jak pun balik dr Kampung cuti2 Raya....:P) 

 
 


Monday 27 August 2012

KE BALAI POLIS.......

Wahh... bedebar2 jgk bah kn ke Balai Polis ni (Nasib Baik ada Mr Husband yg sudi temankan).... Mula2 malas mau pergi... tapi bila fikir balik2... pergi jak lah.... kesian kalau org lain lagi terkena.... Pasal duit aku gerenti lah 100% xkan dapat balik Kecuali Si Penipu tu mau balikkan duit yg iya dapat dengan menipu tu... huhu (Makanlah duit hasil kerja haram engko tu)

Mungkin cara ni lebih baik utk menyedarkan Manusia tu.... Kalau xtakut juga dengan Hukuman dunia.... Takutlah dengan Hukuman Allah s.w.t.... yg Maha berkuasa & maha mengetahui....

Kata Sarjan tu.... Nasib baik dokumen lengkap.... ada no h/p... ada urusniaga pembayaran (Siap dengan no Acc Si Penipu) Nah ko.....
Sudahku bagi Manusia tu masa... Still senyap 1000 bahasa.... jadi apa harus aku buat lagi.....  lagi bikin hairan.... bila pura2 mau order pakai no tel lain pandai ko jawab pula itu  SMS...haiyaa!!! ini olang ah... bulan mulia ini pun mau tipu2 olang.... Kalau Org Islam bikin malu saja oh... Kalau mama bapa ko tau mesti malu dpt anak macam ko ni.....

Sarjan tu siap pesan lagi.... BAGI CANANG 1 MALAYSIA biar ni orang penipu malu & tak buat kerja haram lagi.....  entah berapa ramai dah tertipu oleh minah ni.....

SYAKINAH BINTI IBRAHIM
tidak takutkah dengan Hukuman Allah s.w.t sudah lupakah ko apa Agamamu....
Bertaubatlah selagi ada kesempatan................. Pintu Taubat sentiasa terbuka.......

Nota Peringatan utk diri Sendiri : Lain Kali sebelum berurusniaga Kena Beringat... Selidik dulu... Tapi iyalah dlm 100 org yg beniaga bukan semua penipu kan Mungkin hanya 5 org sahaja yg ada hati busuk mengalahkan bangkai.... tapiiiii kerana Nila setitik ni lah abis rosak susu sebelanga..........huhuhu


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dalam sebuah hadis,

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ غَشَّ فَلَيْسَ مِنِّي

Maksudnya : Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang menipu maka dia bukan dari kalanganku.”

Orang yang suka menipu serta tidak amanah tergolong di kalangan orang munafik yang bakal menerima siksaan yang sangat pedih di akhirat nanti.